AYUH SOKONG ATLET MALAYSIA UNTUK KITA JUARA

KENYATAAN KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
15 Ogos 2017 | 22 Zulkaedah 1438

"AYUH SOKONG ATLET MALAYSIA UNTUK KITA JUARA"

1. Sebagai salah satu cara menyatakan kebersamaan kita rakyat Malaysia kepada atlet-atlet negara dalam mengejar kejayaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, kami melancarkan #hashtag rasmi ke arah menyemarakkan lagi gema sokongan.

2. Kempen ini akan dijayakan sepenuhnya menerusi Jabatan Seni, Budaya dan Sukan atau lebih dikenali sebagai DACS Malaysia dengan membawa motto "Duta Anak Muda" untuk temasya yang akan berlangsung itu nanti.

3. Penganjuran selepas 16 tahun ini menjadi kebanggaan dan kali keenam buat negara selepas terakhir pada tahun 2001 menjadi tuan rumah. Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah pada tahun 1965.

4. Sebelumnya, Malaysia pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Penganjuran kali ini bakal menyaksikan atlet dari 11 negara akan bertanding merebut pingat dalam 38 acara yang dipertandingkan.

5. Edisi kali ini merupakan Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017, manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017. Dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara).

6. Mewakili anak muda Islam, kita mengimpikan penampilan atlet muslim yang berusaha untuk melengkapkan cara berpakaian menurut tatacara Islam dan memiliki semangat juang yang bertunaskan tawakkal yang tinggi di dalam setiap jiwa atlet. Kami yakin acara sukan juga antara ruang yang boleh menghampirkan diri kepada Allah SWT.

7. Dengan harapan mengulangi pencapaian sama pada 2001 muncul juara dengan merangkul 111 pingat emas, kami berdiri di belakang atlet negara semoga semuanya berjalan lancar dan Malaysia muncul lagi selaku juara keseluruhan dan berpeluang untuk merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan jiwa kehambaan.

_"Sejahtera Bersama Islam"
_"Mara Menuju Cita"

*USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI*
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#profesionalistiqamah
#sukansea2017