Hutang Negara – Antara Persepsi dan Realiti

Saya terpanggil untuk kongsi ilmu setakat yang ada dengan kawan-kawan sekalian.

Hutang negara mencecah RM1 trillion. So what? GDP negara pada tahun 2017 mencecah RM1.35 trillion setahun. Kerajaan pon masih jauh lagi untuk bangkrap, sebab kerajaan hanya perlu bayar bunga saja, yang lebih kurang RM31 billion setahun atau 14% berbanding government revenue of RM225.3 billion. Bila hutang dah matang, kerajaan akan terbitkan hutang baru utk bayar hutang lama. RM1 trillion on its own tak memberi apa-apa makna, melainkan kena bandingkan dengan angka lain untuk membuat perbandingan dan nisbah. Setakat ni, tiada apa yang membimbangkan berkenaan hutang negara.

Saya tak setuju Tabung Harapan Malaysia (THM) diwujudkan bukanlah sebab nak salahkan usaha rakyat yang cintakan negara. Itu sifat yg mulia lagi terpuji sebab sanggup korbankan duit poket sendiri untuk bantu negara.

Yang saya marah sebab kerajaan sengaja wujudkan persepsi hutang negara sekarang dah di tahap yang teruk, hingga dikatakan ekonomi akan terjejas disebabkan hutang negara yg RM1 trillion ni. Maka, natijah daripada persepsi inilah menyebabkan rakyat yang concern wujudkan tabung untuk bantu kerajaan. Kalau kerajaan tak wujudkan persepsi hutang negara teruk ni in the first place, saya percaya rakyat takkan rasa ada keperluan untuk wujudkan THM ni.

Lepastu ada yang bandingkan dengan rakyat Korea yg dulu bergolok gadai untuk bayar hutang negara. Kena tahu, hutang Korea dulu adalah dengan International Monetary Fund (IMF), yg mana ini memang betul-betul berhutang/pinjaman/borrowing/loan.

IMF ni dia bagi loan kepada negara-negara yang perlukan duit, seperti untuk pembangunan negara. Tapi banyak la syarat yang dia kenakan yang mostly akan menekan negara tersebut. Orang tengah susah, memang la sng nk ambil kesempatan. Negara tersebut terpaksa mintak kat IMF jugak walaupun tahu akan kena tekan, sebab negara tersebut tak dapat terbitkan Bond/Sukuk sendiri sebab rating negara masih rendah. Kalau rating negara masih rendah, pelabur kurang berminat utk subscribe bond/sukuk tersebut. Maka, sebab inilah yang menyebabkan rakyat Korea sanggup bergolok gadai untuk bayar hutang dengan IMF tersebut.

Berbeza dengan hutang Malaysia, kalau Malaysia perlukan duit untuk pembangunan, Malaysia sendiri yang akan terbitkan bond/sukuk untuk pelabur subscribe. Rating malaysia yg tinggi menyebabkan pelabur tertarik utk subscribe bond/sukuk tersebut. Siapa yang berminat, silakan. Jika tak nak, tidak mengapa. Dan kebanyakan pelabur yang subscribe bond Malaysia ni adalah daripada pelabur tempatan seperti KWSP, KWAP, Khazanah dll. Jadi Malaysia tiada keperluan mendesak utk bayar hutang-hutang tersebut, keadaan kita tak macam Korea.

Kesimpulannya, saya puji usaha rakyat yang mulia untuk buat tabung bantu negara, tetapi mengutuk usaha kerajaan yang sengaja mencipta persepsi buruk berkenaan hutang negara, seterusnya mengatakan ekonomi negara tidak baik, which leading to creation of THM.

Tapi yang peliknya lepastu cakap pulak ekonomi negara fundamentally strong, endorsed by pihak-pihak yang buat rating. Entahla mana satu yang depa nak sampaikan kat sini.

Aku syak kerajaan nak cover ketidakbolehan mereka untuk tunaikan janji manifesto 100 hari, dengan bagi alasan hutang negara di tahap membimbangkan. Yang ni memang pure spekulasi peribadi.

Ni salah satu contoh guna alasan hutang negara tinggi untuk tidak laksanakan manifesto 100 hari
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2088354994569096&id=151709604900321
Sekian.

Kredit: Muhammad Syahir Muhammad Sabri.
Pengurus Dana Berlesen.

Like dan follow kami di

Facebook: fb.com/profesionalistiqamah
Twitter: twitter.com/proistiqamah
Instagram: https://www.instagram.com/proistiqamah/