Jabatan Amal Tulang Belakang PAS

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat menyambut Jubli Perak Jabatan Amal Malaysia kepada seluruh anggota Jabatan Amal di seluruh negara. Tahun ini merupakan tahun yang begitu bersejarah kepada Jabatan Amal dengan genap usia 25 tahun Jabatan Amal dalam meniti denai perjuangan Islam bersama Kepimpinan Ulama’.

2. Jabatan Amal bermula dengan nama Unit Amal dan memulakan aktiviti pertamanya iaitu Jambori Amal yang berlangsung di Tok Jembal, Kuala Terengganu pada Februari 1991. Jambori pertama Jabatan Amal itu turut mendapat suntikan taujihat daripada Almarhum Ust Harun Taib yang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama’. Dengan bimbingan yang berterusan daripada para ulama’, Jabatan Amal terus gagah melaksanakan agenda-agenda kebajikan yang sentiasa menjadi teras dalam setiap aktivitinya di samping menjadi tulang belakang kepada perjuangan PAS.

3. Berpaksikan kepada lima teras budayanya – keimanan dan ketaqwaan, ilmu dan amal yang soleh dan benar, displin dan akhlak mulia, kemahiran dan ketrampilan, dan amal kerana Allah SWT – Jabatan Amal telah meletakkannya sebagai suatu entiti yang begitu penting dalam mendokong perjuangan Islam untuk terus relevan sehingga ke saaat ini.

4. Meskipun PAS tidak pernah sunyi dari pelbagai badai dan ombak yang memukul, ia tidak pernah memadamkan keyakinan anggota Jabatan Amal. Kini, dengan usianya yang semakin meremaja, Jabatan Amal semakin mendapat tempat dikalangan anak muda dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan usia.

5. 25 tahun Jabatan Amal menelusuri perjuangan Islam. DPPM mendoakan agar Jabatan Amal terus istiqamah memacu perjuangan Islam seterusnya beristiqamah sehingga mencapai kemenangan.

Sekian.

“Beramal Kerana Allah”

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”


 

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUH AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas.