Pertandingan Tiga Penjuru: Antara Manifesto PAS, BN dan PH

PERTANDINGAN TIGA PENJURU ANTARA MANIFESTO PAS, BN DAN PH

Oleh: Syahir Sulaiman

“Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya” – pepatah Melayu.

Kesimpulannya, perbandingan di antara manifesto BN, PH dan PAS menunjukkan segala program kebajikan rakyat yang ditawarkan oleh BN turut ditawarkan oleh PH dan PAS, cuma kuantiti dan program yang berbeza. Ini kerana kesemua teras manifesto tersebut merupakan tanggungjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan.

Perbezaan ketara di antara manifesto BN dengan pihak kerajaan-menanti (government in-waiting) adalah, BN tidak menyebut tentang komitmen untuk membanteras rasuah, dan tidak dinyatakan sekali pun perkataan GST yang membebankan rakyat dan peniaga kecil. Ini meletakkan manifesto BN di belakang pihak PH dan PAS.

Justeru, skor penentu dalam perbandingan manifesto di antara BN, PH dan PAS adalah dalam aspek pelaksanaan, yang bergantung kepada kompetensi dan integriti pemimpin negara dan negeri. Ianya boleh diukur melalui tahap pendidikan, moral pemimpin, pengalaman mentadbir dan rekod rasuah.

Maka dalam aspek ini, ternyata PAS yang memegang rekod pentadbiran bebas rasuah berbanding PKR dan DAP sejak 1990 meletakkan kedudukan PAS di hadapan PH dan BN dalam aspek pelaksanaan segala tawaran yang dikemukakan, sekaligus menjadikan PAS sebagai pilihan untuk melaksanakan setiap janji, demi kebajikan rakyat dan kemakmuran negara.

Benarlah pesan orang tua-tua, “Kalau memilih tempat mandi, pertama teluk kedua pantai; Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok kedua pandai”.

#MalaysiaSejahtera
#UP

Syahir Sulaiman,
Pengarah Strategi DPPM
10 April 2018

http://www.harakahdaily.net/…/6157-pertandingan-tiga-penjur…