Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam & PASTI

Alhamdulillah. Antara inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi kali ini ialah penubuhan satu jabatan khas yang dinamakan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR).

JPSR adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan menyelaras sistem, merangka silibus, membuat perancangan strategik dan membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di seluruh negara. Alhamdulillah, untuk tahun pertama 2016 sebanyak 11 buah SRITI telah dibuka dan mula beroperasi. Tahniah kepada Ustaz Mohamad Ismail, Pengarah JPSR dan seluruh jawatankuasanya.

SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), salah satu produk Dewan Pemuda PAS Malaysia yang terus mendapat tempat dan diiktiraf antara pra-sekolah Islam terbaik di Malaysia. Sebelum ini JPSR diletakkan di bawah Jabatan PASTI DPPM dan penubuhan jabatan baru JPSR DPPM ini dibuat untuk memastikan gerak kerja yang berfokus dan berkesan.

Untuk makluman, terdapat hampir 2,000 PASTI di seluruh negara dari Perlis sampai ke Sabah kini dengan lebih 100,000 orang pelajar serta lebih 5,500 orang guru dan ianya semakin berkembang saban tahun. Tahniah kepada YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia dan seluruh jawatankuasanya.

Facebook JPSR:

https://mobile.facebook.com/Jabatan-Pembangunan-Sekolah-Rendah-JPSR-SRITI-722239291241853/

Facebook PASTI:

https://mobile.facebook.com/PASTI-Malaysia-231731987231/

In shaa Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia komited untuk menjuarai pelaksanaan sistem pendidikan Islam yang komprehensif khususnya bermula dari pendidikan awal kanak-kanak, murid, pelajar, remaja, mahasiswa, graduan, profesional dan seterusnya.

Nota: Tahniah juga buat sahabat-sahabat di Bintulu dan Miri dengan beroperasinya Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITiz).

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITiz) Miri:

https://mobile.facebook.com/sriitizmiri/

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITiz) Bintulu:

https://mobile.facebook.com/sriitiz/

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!

Muhtar Suhaili As-Sarawaki